PENGENALAN
Alhamdulilah syukur kita kehadrat Allah kerana kejayaan Team IT Majlis Tindakan DUN Demit dengan kerjasama Pemuda PAS DUN Demit kerana dapat mewujudkan satu blog khas bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum kali Ke 12 nanti, iaitu dengan memperkenalkan blog http://www.pasdundemit.wordpress.com.
Dalam keadaan tiadanya ‘padang rata’ dalam PRU, kebebasan media disekat dan berat sebelah serta adanya ancaman dari ‘hacker’ murahan yang ditaja oleh UMNO, maka MTD DUN Demit memilih wordpress sebagai medium saluran utama bagi menyalurkan informasi kepada rakyat di DUN Demit khususnya dan Kelantan amnya.
Laman web ini adalah bertujuan untuk;
- Sebagai platform alternatif rakyat Demit khususnya dan Kelantan amnya bagi menyatakan cadangan, pendapat, komen dan sebagainya demi kebaikan rakyat keseluruhannya.
- Menerangkan segala aktiviti-aktiviti yang diperingkat MTD lakukan kepada rakyat.
- Sebagai satu medium alternatif untuk memberikan penerangan terhadap isu-isu semasa samada di peringkat DUN, Negeri mahupun peringkat Negara
Semoga dengan adanya laman blog ini, dapatlah MTD DUN Demit membuka ruang seluas-luasnya bagi rakyat Demit untuk memberikan cadangan dan pandangan demi kepentingan bersama dalam memajukan negeri Kelantan dan mengembangkan syariat Islam di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Usaha ini juga sejajar dengan matlamat PAS Kelantan yang ingin membina masyarakat yang bertaqwa dan bermaklumat.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM **
Moderator
Laman Blog MTD DUN Demit
Filed under: Aktiviti |
salam ziarah
Salam.
Tahniah! Satu usaha yg sangat baik. Kena pakat bantu bagi berita & gambar agar lebih menarik & meyakinkan.
p.s. Ramlah Abdullah, Ketua Portfolio Kemasyarakatan Hal Ehwal Wanita DUN Demit tu, lbh sohor dgn gelaran “MOKSU LAH’