• TEKAD KAMI

  • AHLAN WA SAHLAN

    Terima kasih kerana mengunjungi laman rasmi PAS DUN Demit. Segala komen dan cadangan yang membina amatlah dialu-alukan. Semoga dengan lahirnya laman wordpress ini memberi manafaat untuk semua khasnya buat warga DUN Demit, Kubang Kerian.
  • STATISTIK PENGUNJUNG

    • 14,335 hits
  • Media Alternatif

Penamaan calon 24 Februari dan Malaysia Milik Barisan Alternatif 8 Mac ini!

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) –Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 24 Februari dan hari pengundian pilihanraya umum ke-12 ialah pada 8 Mac ini. Pengerusi SPR Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putra Jaya hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat selepas pembubaran parlimen dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Rashid berkata hari pembuangan undi tersebut jatuh pada hari permulaan cuti sekolah.

Katanya, SPR menentukan bahawa daftar pemilih induk 2007, yang diwartakan pada 5 Februari 2008 akan digunapakai untuk pilihan raya ini.

“Mengikut daftar pemilih tersebut terdapat seramai 10922139 orang pemilih layak mengundi iaitu 10701054 adalah pemilih awam dan 221085 pemilih pos layak mengundi dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Sehubungan itu katanya, SPR mengingatkan kepada semua pihak terutama parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat dalam pilihan raya umum ke 12 nanti memberi kerjasama kepada SPR.

Semua pihak diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur pengurusan pilihan raya serta etika kempen yang ditetap dan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, kata Rashid.

Setiausaha Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Wan Nik Wan Yusof berkata, BN dijangka akan menggunakan kesempatan tempoh kempen yang panjang (14 hari ) untuk memperjelaskan segala isu bagi memulihkan sokongan rakyat kepada mereka.

Agenda tersembunyi Abdullah

“Mungkin Presiden Umno, Abdullah Badawi ada agenda tersembunyi untuk memjawab isu-isu dalam negara bagi mengekalkan sokongan rakyat kepadanya,” katanya kepada Harakahdaiy.

Tegasnya, pihak pembangkang juga sudah bersedia untuk menghadapi strategi 3M yang diamalkan BN iaitu, ‘machinery’ (jentera kerajaan), media dan ‘money’ (wang) bagi memastikan kemenangan mereka dapat dipertahankan,

“3M merupakan kekangan yang dihadapi pembangkang yang digunakan kesempatan oleh Abdullah serta jenteranya,” ujarnya.

Beliau menganggap apa yang dilakukan oleh Abdullah adalah kesan daripada rasa cemas terhadap sokongan terhadapnya yang kian merosot berdasarkan kajian yang dibuat oleh satu badan penyelidik.

Berpandukan kepada kajian tersebut, populariti Abdullah yang sebelum ini telah jatuh sebanyak 70 peratus, merosot lagi sebanyak 10 peratus baru-baru ini.

Sungguhpun tempoh tersebut lebih panjang daripada pilihan raya sebelum ini, Wan Nik berpendapat ia tidak memberikan keselesaan kepada pembangkang untuk menjalankan kempen.

“Hal ini adalah disebabkan tindakan kerajaan menafikan akses pembangkang terhadap media,” katanya lagi.

Tempoh masih tidak cukup

Sementara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula merasakan bahawa tempoh kempen yang diperuntukkan tidak mencukupi akibat dinafikan hak untuk akses kepada media.

“Saya yakin dan pasti apa yang dilakukan ini adalah untuk menguntungkan Umno-BN semata-mata, bukan untuk memberi kemudahan dan keadilan kepada semua pihak,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, Naib Presiden KeADILan, Sivarasah Rasiah juga berpendapat sistem pilihan raya yang dijalankan di Malaysia merupakan antara sistem pilihan raya kuno serta tidak bertamadun.

“Walaupun tempoh berkempen dipanjangkan kepada 14 hari, ini tidak bermakna ia telah memberikan keadilan kepada semua pihak.

Tiada akses media

“Ia disebabkan pembangkang tidak diberikan ruang untuk akses kepada media arus perdana dan terpaksa bergantung dengan media alternatif yang tidak menyeluruh kepada rakyat,” katanya.

Sivarasah yang juga merupakan pengamal undang-undang menegaskan hujah yang menyokong pendapat tersebut adalah berkaitan hak sebagai warganegara yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan.

“Saya mempertikaikan hal ini kerana ia adalah hak yang tertulis di dalam perlembagaan. Tempoh 14 hari adalah tidak cukup bagi pembangkang dalam keadaan hak untuk akses kepada media dicabuli.

“Bukan sekadar hendak puaskan hati kami di pihak pembangkang, tetapi hal ini berkait rapat dengan hak kita,” tegasnya.

Bahkan beliau mencadangkan tempoh yang lebih selesa adalah selama 21 hari ke atas sebagai tempoh yang minimum untuk rakyat mengenali calon dan meneliti manifesto setiap parti.

“Pada pilihan raya umum 1960-an, tempoh kempen yang dibuat adalah selama 50 hari,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ketua Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula berpuas hati dengan tempoh kempen yang diumumkan SPR hari ini.

“Saya gembira dan berpuas hati dengan tempoh yang diberikan untuk memberikan peluang kepada rakyat mengenali calon dan menilai manifesto parti yang bertanding,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily./mr.wann

Advertisement

Perlacaran Jentera PRU12 Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian

ADUN Demit, Dato’ Ustaz Mad Iraq turut hadir memberikan sokongan kepada Jentera PRU 12 Pemuda Kawasan.

Dewan Madinatul Ilmi, Kbg Kerian,

Jumaat, 1 Februari 2008, 9.30 mlm

Menyedari pilihanraya kian hampir, Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian hari ini mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi mengelak ahli-ahlinya mengamalkan budaya bekerja di saat akhir. Ketua Pemudanya, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, mulai dari saat & detik ini jentera pemuda perlu bersiap sedia dari segenap segi bagi mengekalkan kerajaan Islam ini.

Beliau berkata, disamping itu juga, jentera di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang penting kerana selain mengenalpasti senarai pengundi, mereka juga mesti peka dengan isu-isu tempatan yang perlu diselesaikan segera sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah, ADUN Demit, Ust Mohd Daud Al Iraqi, ADUN Pasir Tumbuh, Ust Baihaki Hj Atiqullah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr Mohd Ridza Hj Zain. Pelancaran jentera pilihan raya itu dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang pemuda dari ketiga-tiga DUN. Sementara itu, Sdr Ridza dalam ucapan perasmiannya menyeru kepada semua pejuang agama Allah agar berganding bahu serta mengagih-agihkan kerja dengan sebaiknya untuk memenangi hati pengundi.

Simbolik kepada pelancaran Gerakkerja Jentera Pilihanraya itu juga, diagihkan kain lilit kepala dan gelang getah BERSIH kepada setiap Ketua Pemuda DUN. Program seterusnya diteruskan dengan bacaan ikrar taat setia & semangat juang yang dipimpin oleh Ust Abd Fatah, Ketua Pemuda Pasir Tumbuh. Jelas sekali perlaksanaan program ini telah berjaya menepati sasaran dan menampakkan semangat juang yang jitu dikalangan anak-anak muda dalam Parlimen Kubang Kerian.