• TEKAD KAMI

  • AHLAN WA SAHLAN

    Terima kasih kerana mengunjungi laman rasmi PAS DUN Demit. Segala komen dan cadangan yang membina amatlah dialu-alukan. Semoga dengan lahirnya laman wordpress ini memberi manafaat untuk semua khasnya buat warga DUN Demit, Kubang Kerian.
  • STATISTIK PENGUNJUNG

    • 14,335 hits
  • Media Alternatif

Unit AMAL & Nisa DUN Demit Turut Serta Membantu Mangsa Banjir Di Kelantan.

Kenangan ketika menghantar Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

KOTA BHARU, 18 Dis. Biar pun langit kelihatan cerah, namun kampung-kampung yang terletak tidak jauh dari Sungai Golok semakin banyak ditenggelami air bah.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri jumlah mangsa banjir di Pasir Mas setakat jam 10 pagi tadi meningkat kepada 7,906 orang, manakala di Tanah Merah berkurangan kepada 738 orang dan Kuala Krai (72 orang).

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan pagi tadi seramai 10,756 orang. Paras air di Tangga Krai, Kuala Krai 24.9 meter, Jambatan Guillemard di Tanah Merah 16.61 meter dan Tambatan Diraja 5.10 meter iaitu melepasi paras bahaya, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya jumlah mangsa banjir semakin meningkat di Rantau Panjang disebabkan limpahan daripada air Sungai Golok ekoran pelepasan air di sebuah empangan di Selatan Thailand.

Manakala jalan-jalan yang masih ditutup kepada lalu lintas iaitu di Km 55 jalan Kuala Krai Gua Musang akibat tanah runtuh.

Oleh itu kata jurucakap tersebut laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu boleh melalui jalan raya Gua Musang – Jeli melalui Jelawang.

Bagaimanapun di Km 30 jalan raya Gua Musang Jeli berlaku runtuhan tanah berhampiran Sekolah Kebangsaan Jelawang petang semalam. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sekarang, katanya.

Namun menurut sumber jalan itu masih boleh dilalui kepada semua jenis kenderaan.

Jalan ke Pantai Cahaya Bulan yang ditutup sebelum ini sudah boleh dilalui sepenuhnya.

ImageDi RANTAU PANJANG, kawasang yang paling terjejas teruk akibat dilanda banjir. Pasukan Unit Amal Kelantan dan Nisa kini bekerja keras membantu mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sejak Sabtu lalu. Unit Amal & Nisa DUN Demit juga turut menghantar wakil bagi membantu mangsa-mangsa disana.

Di kawasan itu terdapat 1,800 penduduk yang dipindahkan dari beberapa kampung yang terjejas teruk akibat paras air Sungai Golok melimpah.

Bendahari Unit Amal Kelantan, Rosli Abdul Samad berkata, terdapat sembilan keluarga yang tinggal di pusat pemindahan tersebut sejak seminggu lalu.

Anggota Nisa seramai 40 orang juga membantu mangsa-mangsa banjir di Gual Periuk dan Kubang Kual, Rantau Panjang sejak beberapa hari lalu. Unit Amal mulai turun padang membantu mangsa banjir di Tanah Merah sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun kawasan itu kini air sudah surut dan anggota Nisa juga membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka, katanya.

Baru-baru ini, seramai 90 keluarga berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Suria, Tanah Merah. Mereka dibantu 10 anggota Unit Amal dan Nisa terutamanya aspek penyediaan makanan.

Rosli juga berkata, Unit Amal dari kawasan-kawasan yang tidak dilanda banjir turut tampil membantu mangsa-mangsa banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.

Kita juga akan mengerahkan semut merah (Unit Amal) bagi membantu mangsa-mangsa banjir seperti dilakukan di Johor tahun lepas untuk membersihkan rumah-rumah mereka, ujarnya.

Unit Amal Kelantan & Demit mempunyai pengalaman luas dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas, termasuk kawasan yang terjejas teruk. Boleh rujuk kepada artikel lepas di link ini: Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

Selain itu, Dewan Muslimat PAS dan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) turut turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. –SyGz

Advertisement

Muslimat PAS Demit & Muslimat PAS Kelantan gigih jalankan pelbagai aktiviti bantu mangsa banjir

The image “http://kickdefella.files.wordpress.com/2007/12/tendong008916-dec-2007.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Jalan keluar masuk Pusat Pemeriksaan Kastam di Zon Bebas Cukai Malaysia-Thailand di Rantau Panjang lumpuh ekoran banjir besar di Kelantan, semalam.

 

Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kota Bharu – Jabatan Metereologi Malaysia
Selasa 18/12/2007
Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Hujan
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Sepanjang Hari
Rabu 19/12/2007
Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Khamis 20/12/2007
Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Jumaat 21/12/2007
Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Sabtu 22/12/2007
Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Ahad 23/12/2007
Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Mendung
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Pagi dan Petang
Isnin 24/12/2007
Pagi: Hujan
Petang: Hujan
Malam: Hujan
Minimum: 24
Maksimum: 31
Hujan
Sepanjang Hari


Pemandangan dari udara jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai yang terputus hubungan akibat banjir hampir seminggu.

 

“Muslimat PAS bersama unit dakwah dan halaqah turut mengadakan khidmat kaunseling khusus bagi membantu mereka menghadapi trauma bencana banjir, terutama bagi yang kehilangan orang tersayang,” ujar Ketua Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Siti Zailah Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat berkata Muslimat PAS Kelantan telah mengambil langkah segera bagi membantu mangsa banjir, sama ada pada tempoh sebelum, semasa dan selepas bencana itu berakhir.

Ini katanaya, pada kebiasaannya, pihak yang menghulurkan bantuan hanya memikirkan keperluan mangsa dari sudut fizikal sahaja, tanpa mengambil kira pengisian rohani serta pembangunan jiwa mangsa yang tertekan akibat tragedi tersebut,”

“Pada peringkat awal banjir, kami mengadakan majlis solat hajat khusus bagi menghadapi kedatangan air bah, kemudian disusuli dengan ziarah bagi menyerahkan bantuan ke pusat pemindahan mangsa banjir. Yang terbaru kami menjejaki mangsa yang terperangkap, rumah mereka terkepung,” katanya.

Hari ini, DMPNK turun ke beberapa kawasan seperti Manek Urai di Hulu Kelantan dan Tanah Merah untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terperangkap di sana.

Ujarnya lagi, setakat ini mereka telah membentuk 27 kumpulan pasukan ahli Nisa’ Kelantan yang membantu membersihkan rumah mangsa yang air surut bermula pada hari ini di daerah Tanah Merah.

Selain bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan Kelantan, pasukan Nisa’ tersebut juga turut menghulurkan bantuan dengan menyediakan barang-barang keperluan dan penempatan bagi golongan warga emas dan golongan yang sakit serta uzur di Rantau panjang, selain memberikan motivasi kepada mereka.

Menurutnya lagi, satu majlis solat hajat dan tazkirah akan diadakan di Masjid Sultan Ismail Petra bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena memperingati peristiwa wukuf di Arafah pada 18 Disember, esok.

“Ketika kami mengunjungi mangsa di kawasan Sokor Estet, satu tempat di Tanah Merah, kenderaan kami terperangkap sehingga terpaksa ditarik menggunakan rantai. Perjalanan ke sana juga memakan masa selama enam jam untuk masuk ke kawasan tersebut, dan sembilan jam ketika mahu meninggalkan kawasan tersebut,” katanya menceritakan pengalaman menjejaki mangsa yang terpaksa makan ubi setelah terputus bekalan beras.

Siti Zailah yang juga merupakan mantan senator Dewan Negara menekankan bahawa tanggungjawab membantu mangsa bencana banjir ini adalah menjadi kewajipan semua pihak, apatah lagi Kelantan yang meletakkan dirinya sebagai negeri kebajikan.

“Saya merayu kepada semua pihak agar menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan serta makanan bagi meringankan beban mangsa banjir,” katanya lagi.

Segala sumbangan kewangan bolehlah dihulurkan kepada ‘Tetuan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan – 3018010039791 Bank Islam Malaysia Berhad.

Manakala sumbangan dalam bentuk makanan, keperluan harian serta perubatan boleh diserahkan di Pejabat DMPNK, Tingkat 1, Bangunan Badan Perhubungan PAS Kelantan, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu.

Jumlah korban mangsa banjir di Kelantan setakat ini telah meningkat kepada 14 orang yang mana kanak-kanak adalah golongan yang paling ramai. – mns

Majlis Khatan Perdana DUN Demit 2007 -Mendapat Sambutan Hangat!!

26 & 27 November 2007, Binjai, Kota Bharu. Buat kesekian kalinya program Majlis Khatan Perdana 2007 diadakan lagi pada tahun ini. Program kebajikan dan kesihatan DUN Demit ini diadakan saban tahun apabila menjelang cuti sekolah bagi memberi ruang kepada adik-adik yang masih belum berkhatan untuk menunaikan kewajibpan agama.Ia bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan berkatan dan kesihatan disamping mengikut tuntutan ajaran Islam yang syumul.

Program berkhatan secara percuma dirasmikan oleh YBrs Cikgu Mohd Nuri Yaakub, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian bagi mengantikan YB Ustaz Dato Mohamad Bin Daud Al-Iraqi yang tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Sidang DUN: Pembentangan Bajet Rakyat 2008 di Kota Darulnaim. Beliau menyampaikan salam beliau kepada semua hadirin yang hadir.

Pada kali ini ia diadakan di SMU (Arab) Yunusiah, Binjai membabitkan seramai 150 orang peserta dari seluruh kampung di sekitar DUN Demit dan membabitkan sebanyak RM 10,000 bagi kos keseluruhan program.

Program ini mendapat sambutan hangat dari seluruh rakyat di DUN Demit. Rata-rata peserta dan ibubapa yang hadir cukup gembira dan berpuas hati dengan aktiviti yang diadakan pada kali ini dan mereka mencadangkan agar diadakan untuk tahun-tahun ke seterusnya dengan jumlah peserta yang lebih besar.

InsyaAllah pada tahun depan akan diadakan lagi dan lebih besar, kata salah seorang AJK MTD. Terima kasih kepada semua AJK MTD, Penghulu, Muslimat, Pemuda, Nisa dan seluruh anggota yang menjayakan program ini.

Berita bergambar:

Khusyuk dikalangan 150 orang peserta yang terlibat mendengar ucapan perasmian

Penuh satu dewan!! sambutan yang luar jangka dari masyarakat DUN Demit

AJK Pemuda sibuk membantu MTD menjayakan majlis ini

Kasih seorang ayah, Cikgu Nuri menyuapkan pulut kuning kepada 15o orang peserta yang hadir

Kerjasama mantap di semua peringkat jentera MTD, kelihatan AJK Dewan Muslimat DUN & penghulu berkerjasama bagi memastikan majlis berjalan lancar.

No Fear!! semua peserta seronok dan gembira mengikuti majlis ini.

 

Muslimat & Pemuda DUN Demit Cakno Rakyat

15 November 2007, Binjai, Kota Bharu. Muslimat dan pemuda DUN Demit sekali lagi mengadakan program lawatan muhibah ke rumah-rumah rakyat disekitar DUN Demit bagi menyampaikan sumbangan kebajikan, mengadakan majlis tahlil dan mengumpulkan maklumat-maklumat daripada rakyat yang memerlukan bantuan.

Progran anjuran Unit Kemasyarakatan MTD Demit yang diketuai oleh Puan Hajah Ramlah Bt Abdullah (Kak Lah) melibatkan 43 orang terlibat yang terdiri dari 35 orang muslimat dan 8 orang wakil pemuda. Program ini bertujuan untuk:

# Merapatkan hubungan ukhwah diantara MTD dan rakyat setempat.

# Mengenalpasti & berkongsi masalah rakat di sekitar DUN Demit

# Membantu & menghulurkan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan.

Antara laporan am dan gambar-gambar yang ingin dikongsi bersama ialah:

RUMAH 1

Maklumat Am

Husin bin Awang

Berumur 82 tahun

Kematian isteri dan uzur

Komen beliau:

“Tidak pernah ada aktiviti sebergini sebelum ini dirumah saya, ia satu program yang menarik dan saya betul-betul berterima kasih kepada semua..”

RUMAH 2

Maklumat Am

Hajah Che Limah Che Daud

Berumur 80 tahun

Uzur sejak 3 tahun lepas – strok

Komen beliau:

“Amat berpuas hari dan teramat terharu diatas lawatan muhibah yang dianjurkan oleh muslimat dan pemuda DUN.”

RUMAH 3

Siti Aminah Tahir

Suami uzur sejak 10 tahun lepas

berumur 82 tahun

Anak 9 orang

Komen beliau:

“Amat terharu & berpuas hati dengan lawatan sebergini..”

RUMAH 4

Maklumat Am

Rumah Tuan Yusoff Tuan Deraman & isteri Tuan Mariam Tuan Abdulrahman

Kedua-dua berumur 74 tahun

Anak 5 orang

Suami uzur sejak 13 tahun lepas.

Komen beliau:

“Berasa cukup-cukup puas hati dan gembira… terima kasih banyak-banyak..”

Pengenalan & Salam Pilihanraya Umum Kali Ke 12

PENGENALAN

Alhamdulilah syukur kita kehadrat Allah kerana kejayaan Team IT Majlis Tindakan DUN Demit dengan kerjasama Pemuda PAS DUN Demit kerana dapat mewujudkan satu blog khas bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum kali Ke 12 nanti, iaitu dengan memperkenalkan blog http://www.pasdundemit.wordpress.com.

Dalam keadaan tiadanya ‘padang rata’ dalam PRU, kebebasan media disekat dan berat sebelah serta adanya ancaman dari ‘hacker’ murahan yang ditaja oleh UMNO, maka MTD DUN Demit memilih wordpress sebagai medium saluran utama bagi menyalurkan informasi kepada rakyat di DUN Demit khususnya dan Kelantan amnya.

Laman web ini adalah bertujuan untuk;

  • Sebagai platform alternatif rakyat Demit khususnya dan Kelantan amnya bagi menyatakan cadangan, pendapat, komen dan sebagainya demi kebaikan rakyat keseluruhannya.
  • Menerangkan segala aktiviti-aktiviti yang diperingkat MTD lakukan kepada rakyat.
  • Sebagai satu medium alternatif untuk memberikan penerangan terhadap isu-isu semasa samada di peringkat DUN, Negeri mahupun peringkat Negara

Semoga dengan adanya laman blog ini, dapatlah MTD DUN Demit membuka ruang seluas-luasnya bagi rakyat Demit untuk memberikan cadangan dan pandangan demi kepentingan bersama dalam memajukan negeri Kelantan dan mengembangkan syariat Islam di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Usaha ini juga sejajar dengan matlamat PAS Kelantan yang ingin membina masyarakat yang bertaqwa dan bermaklumat.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM **

Moderator

Laman Blog MTD DUN Demit