• TEKAD KAMI

  • AHLAN WA SAHLAN

    Terima kasih kerana mengunjungi laman rasmi PAS DUN Demit. Segala komen dan cadangan yang membina amatlah dialu-alukan. Semoga dengan lahirnya laman wordpress ini memberi manafaat untuk semua khasnya buat warga DUN Demit, Kubang Kerian.
  • STATISTIK PENGUNJUNG

    • 14,335 hits
  • Media Alternatif

Kelantan rintis negara berkebajikan PAS

 


Ditulis oleh YB Dato’ Husam Musa
Friday, 25 January 2008
Cara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa menyerang Negara Berkebajikan PAS menunjukkan BN menentang konsep menjadikan Malaysia lebih berkebajikan.
Cabaran beliau supaya PAS menunjukkan teladan sebagai negeri berkebajikan telah lama bersambut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan tidak harus sama sekali disamakan dengan Kerajaan Persekutuan.

Membandingkan Kelantan sebagai Kerajaan Negeri berbanding Malaysia yang mempunyai kuasa Persekutuan seperti menerima cukai petroleum dan hasil cukai langsung dan tidak langsung yang lain, samalah membanding anak masih bersekolah dengan bapa yang kaya raya dengan harta pesaka di  samping pendapatan sendiri. Kerajaan Persekutuan juga menerima faedah dari khazanah minyak negara yang tidak dimiliki Kerajaan Negeri seperti Kelantan.

Kos hidup di Kelantan juga masih dikekalkan rendah di atas kejayaan pengurusan Kerajaan Negeri atau agensinya. Tarif air misalnya. Tarif  AKSB adalah yang keempat terendah di Malaysia iaitu 0.55 sen per meter padu. Bandingkan apa yang perlu di bayar penduduk Perak (73 sen), Selangor (0.77 sen), Johor (90 sen) per meter padu domestik.

BThe image “https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/pas/thumb/tgna.gif” cannot be displayed, because it contains errors.agi kakitangan Kerajaan Kelantan pula mereka beryukur kerana mendapat Skim Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan interest. Ini menunjukkan Kelantan, negeri yang berkebajikan sekiranya dibandingkan dengan pinjaman PPTN yang dikenakan kos perkhidmatan  4 peratus.

Orang awam yang terdesak kewangannya juga merasai tempias nikmat Negeri Berkebajikan di mana Kerajaan Kelantan memperkenalkan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn. Sistem yang dipelopori Kerajaan PAS ini berkebajikan berbanding pajak gadai berkonsepkan ‘bunga’ dan lesap barang  gadaian yang diamalkan sebelum ini atau masih diamalkan negeri-negeri lain.

Ini semua adalah plus faktor kepada kesejahteraan pelbagai lapisan penduduk Kelantan. Berikut adalah skim yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyatnya:

• Skim Armalah dan Anak Yatim: Anak wanita yang kematian atau berpisah dengan suami diberikan bantuan sosio ekonomi dan bantuan kewangan.

• Skim Kesihatan Sakit Kronik: Skim ini membiayai kos kewangan bagi mereka yang menderita penyakit yang serius termasuk menampung kos pembedahan dan ubatan.

• Skim bantuan Orang Kurang Upaya: Khusus untuk OKU membeli peralatan, anggota palsu dan bantuan kewangan. Tahun 2007 seramai 1,610 OKU  seluruh Kelantan diberikan bantuan merangkumi anggota palsu, kerusi roda, motor roda tiga, alat pendengaran, komputer, mesin jahit dan kewangan.

• Skim Takaful Armalah: Skim perlindungan insuran yang pertama di Malaysia khusus untuk armalah. Untuk menjaga kebajikan golongan armalah ini, Kerajaan  Kelantan melantik Pegawai Pembangunan Armalah bagi melicinkan usaha menyampaikan bantuan. Skim khusus ini adalah  yang pertama di Malaysia.

• Skim Kifaalah: Skim khairat kematian untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Seramai 92, 803 wargaemas telah di daftarkan. Pada 2007 seramai 4,170 kes kematian dilaporkan dan keluarga menerima manfaat. Program ini kini ditiru beberapa pemerintah negeri lain termasuk Selangor.

• Skim Ladang Rakyat: Sehingga Januari 2008, seramai 3,693 peserta miskin pelbagai kaum termasuk 200 orang Asli didaftarkan di bawah skim ini. Mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.  

• Bantuan Segera Bencana: Mangsa bencana seperti kebakaran, banjir dan
ribut  menerima bantuan sehingga RM5000 bagi membina kehidupan mereka.


Skim bakal  dilancarkan

Skim Rumah Rakyat: Percuma untuk golongan armalah, miskin dan orang tua manakala diskaun akan diberikan untuk mereka yang berpendapatan rendah. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan setahun bermula 2008.

Jelas, Kelantan dan Malaysia berbeza di bawah Perlembagaan. Kelantan tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk kutipan cukai bagi menjana sumber pendapatan. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mengutip royalti minyak dan mengagihkan seperti kepada kepada Kerajaan Terengganu. (walaupun ditarik ketika PAS memerintah). Dalam masa singkat itupun, Kerajaan PAS Terengganu menghapuskan  cukai pintu di seluruh Terengganu dan kutipan tol di Kuala Terengganu.

Dengan track record itu kita yakin dapat membawakan konsep  Negara Berkebajikan di peringkat nasional jika rakyat  memberi peluang PAS memimpin Malaysia. Bandingkan pula dengan apa yang berlaku di bawah pemerintahan ala ‘profit sharing’ di bawah BN. Dengan hasil yang begitu besar sekalipun, Kerajaan BN mengenakan pelbagai caj untuk perkhidmatan kesihatan seperti ubatan, rawatan bersalin atau pembedahan yang dulunya percuma atau dikenakan bayaran minimum.

Tol dan tarif eletrik dinaikkan. Bayaran persekolahan membebankan dan kos hidup meningkat kerana kenaikan harga minyak hasil falsafah BN, ‘tak naik harga minyak, Kerajaan BN bangkrap’.

Tidak ada salahnya rakyat Malaysia meneroka satu peluang hidup yang lebih berkebajikan dengan segala kekayaan yang dikurniakan Allah kepada negara kita.

Advertisement

Mydin terus menyokong Kelantan – Buka Hypermarket Terbesar

Mydin terus menyokong Kelantan

Gedung perniagaan Mydin atau Mydin Wholesale Emporium Sdn Bhd akan membuka hypermarket yang terbesar di Malaysia di negeri dimana ianya diasaskan iaitu di Kelantan.

Pengarah Urusannya Datuk Ameer Ali Mydin telah menandatangani perjanjian dengan Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi membina sebuah gedung bernilai RM100 juta di atas tanah seluas 7.2 hektar. Gedung itu nanti berkeluasan 650,000 kaki persegi dan akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 3,000 orang rakyat negeri tersebut.

Menurut Datuk Ameer memandangkan gedung beliau dilahir dan diasaskan di negeri ini maka logiklah gedungnya yang terbesar dibina di negeri Kelantan. Kerja-kerja tanah dijangka dimulakan Julai ini dan gedung tersebut dijangka beroperasi bermula Juali 2009.

Syabas diucapkan kepada Mydin, satu-satunya hypermarket yang masih dikuasai dan dimiliki oleh anak tempatan dan kini bertapak dan terus maju di seluruh Negara termasuklah di Kelantan. Rupanya Kelantan yang tiada kemajuan, miskin, terkebelakang mampu menarik minat pelabur tempatan, dan gedung baru Mydin ini adalah bukti hidup kepada semua terutama yang memandang serong bahwa Kelantan juga mampu maju dalam rangka Membangun Bersama Islam!

MB Kelantan jadikan kediaman rasmi tempat perpindahan mangsa banjir

Sun | Dec 16, 07 | 2:46:52 pm MYT
KOTA BHARU, 16 Disember (hrkh) – Mungkin tidak berlaku di tempat lain, namun ianya berlaku di negeri Kelantan, apabila Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadikan kediaman rasminya JKR 10, sebagai tempat perpindahan mangsa banjir.

ImageSeramai 265 orang dari 69 keluarga telah bermalam di dewan kediaman rasmi Menteri Besar, yang terletak di Kampung Sireh sejak tiga hari lalu.

Rumah rasmi tersebut sudah dua kali dijadikan tempat perpindahan mangsa banjir di mana buat kali pertamanya pada tahun 2004.

Mangsa yang kesemuanya tinggal di Kampung Sireh termasuk sekeluarga dari masyarakat Cina bersyukur kerana diberi peluang berada di situ.

Rata-rata mangsa banjir ditemui melahirkan rasa seronok berada di situ sehingga dapat melupai masaalah yang berlaku pada mereka.

Kaum Cina dilayan baik

ImageSeorang warga Cina, Kang King Liean, ketika ditemui melahirkan rasa seronok ditempatkan di situ.

Katanya, walaupun hanya beliau bersama ibu serta anaknya Robert Lim, yang berbangsa Cina, namun mangsa yang lain melayan keluarganya begitu baik sekali.

“Saya tidak menghadapi sebarang masaalah di sini, mereka yang senasib dengan saya, semuanya baik dan tidak ada masalah langsung.

“Apa yang mereka makan, itulah yang saya makan,” ujarnya dengan gembira ketika ditemui di tempat perpindahan banjir itu.

Liean memberitahu, sebelum ini beliau menumpang rumah saudaranya di Kota Bharu, namun sekarang beliau tidak ingin lagi menyusahkan saudaranya.

“Bagus Menteri Besar kita, bagi peluang pada kita untuk tinggal di sini,” ujarnya.

Sementara itu Mohd Hanif Aiman Che Loh, 16, memberitahu sejak beliau tinggal di situ dua hari lalu, tidak kurang dua kali Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong, Dato’ Takiyuddin Hassan, menjenguk mereka.

Menurutnya, Takiyuddin hanya akan pulang ke rumah pada pukul 2.00 atau 3.00 pagi setelah menguruskan keperluan mangsa banjir di sini.

“Sebelum ni keluarga kami lima orang kesemuanya menumpang di rumah kakak di Kota Bharu, tetapi untuk tahun ni, kami nak beralih angina menumpang di sini,” ujarnya.

Hanif memberitahu, sewaktu anggota penyelamat ke rumahnya untuk menyelamatkan keluarganya, paras air di atas rumahnya sudah mencecah ke paras betis.

Terima kasih ‘Tok Guru’

Siti Apuan Yusof, 59, mengakui beliau tidak begitu penat menghadapi musim banjir sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana ianya jarang berlaku berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dua tahun lalu iaitu pada tahun 2006 dan 2005, beliau tidak perlu berpindah kerana banjir tidak berlaku di negeri ini.

“Kalau adapun mungkin di sebelah Hulu Kelantan seperti di Gua Musang, tetapi kami di sini alhamdulillah, tidak berlaku setiap tahun,” ujarnya.

Beliau yang turut berpindah bersama 17 orang anggota keluarga termasuk cucu-cucunya mengakui tidak menghadapi masaalah berada di situ.

“Terima kasih banyaklah pada tok guru (Nik Aziz) beri peluang pada kami untuk menginap sementara di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Samiah Ahmad, 46, turut mengakui banjir di Kelantan sudah berkurangan berbanding sebelum ini.

“Saya ingat sewaktu kecil dulu tiap-tiap tahun, wajib berpindah bila saja tiba musim tengkujuh, tak tahulah, mungkin kerana keberkatan agaknya, alhamdulillah,” ujarnya lagi yang berpindah bersama tujuh orang anggota keluarganya yang lain./wann

Kelantan tubuh Lembaga Rayuan, rakyat boleh adu masalah PBT

 
 

 Logo terbaru, MPKB BRI

KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) – Bagi mengelak rasa tidak puas hati masyarakat terhadap Pihak Berkuasa Tempat (PBT), Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan Lembaga Rayuan agar sesuatu perancangan digerakkan secara adil.

Badan berkecuali itu ditubuhkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, bagi memberi laluan kepada rakyat yang tidak berpuas hati terhadap Pihak Berkuasa Tempatan, khususnya Perancang Bandar.

Seramai lapan orang telah dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Idris Yusoff dan timbalannya Dr Hassan Abdul Rahman termasuk enam orang anggota jawatankuasanya untuk mendengar rayuan orang awam terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan mereka.

Permandangan indah di Kota Bharu, Bandaraya Islam Dalam Taman

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika berucap pada majlis perlantikan itu berkata, badan ini merupakan satu tribunal yang bertanggungjawab mendengar, mempertimbangkan dan membuat keputusan dalam beberapa keputusan hal tertentu mengikut peruntukan dalam akta.

Menurutnya lagi, penubuhan badan itu selaras dengan hasrat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan halehwal perancangan bandar dana desa sebagai tanggungjawab bersama kerajaan negeri.

“Selain itu ianya juga memastikan semua aktiviti perancangan dan perlaksanaan bagi pembangunan guna tanah dapat dijayakan dengan teratur seimbang dan saksama. “Kita ingin mengamalkan proses ini dengan cara yang adil dan rakyat berpeluang pula menyatakan sebarang rasa tidak puas hati terhadap keputusan PBT,” ujarnya. – mr

Mini Fest 2007 – Kelantan hidang sinema bercirikan Islam

 

KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) – Sebagai pengorak langkah menuju ke arah Festival Filem Islam Antarabangsa sempena Tahun Melawat Kelantan 2008, buat pertama kalinya, Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Sekolah Animasi Darul Digital, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan akan mengadakan Mini Fest Kelantan 2007 pada 4 dan 5 Disember ini.Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan yang juga Timbalan Pengerusi Mini Fest Kelantan 2007, Dato’ Takiyuddin Hassan yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohamad Amar Abdullah merangkap Pengerusi program, dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim , hari ini. Selain itu, Mini Fest Kelantan 2007 dianjurkan sempena lawatan pengarah filem Iran yang terkemuka, yang mendapat pengiktirafan meluas seluruh dunia, Majid Majidi ke Kota Bharu.

Dalam kunjungan beliau ke negeri ini, beliau akan mengadakan lawatan ke Sekolah Animasi Darul Digital serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

bilboard.jpg

Papan tanda gergasi di Kota Bharu

Sempena Mini Fest 2007, tiga buah filem terbaik arahan Majid Majidi yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia akan diadakan bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Lundang, Kota Bharu.

Pada 4 Disember, dua filem akan ditayangkan iaitu filem ‘Baran’ pada jam 3.00 petang dan filem ‘The Colours of Paradise’ pada jam 8.45 malam.

Ditanya rasional pemilihan filem dari Iran untuk tayangan Mini Fest Kelantan 2007 ini, jelas Takiyuddin, filem-filem tersebut menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan iaitu bertemakan keislaman, berkualiti serta membawa mesej yang baik seperti kemanusian, perpaduan dan memaparkan keagungan Allah.

Sementara itu pada malam kemuncak iaitu 5 Disember, filem yang melonjak nama Majid Majidi di persada filem dunia dan memenangi anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival , ‘Children of Heaven’ akan ditayangkan.

Beliau akan turut serta di majlis tayangan tersebut dan menyampaikan ucaptama sebelum tayang bermula. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dijangka hadir dan menyampaikan ucapan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Semua tayangan terbuka kepada orang ramai secara percuma.

Selain tayangan filem, sessi dialog khusus untuk penggiat seni, agensi-agensi kerajaan serta penuntut Institusi Pengajian Tinggi(IPT) bertajuk ‘Sinema Majid Majidi: Moral dan Kemanusian akan diadakan pada jam 9.30 pagi, 4 Disember, bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks SUK, Kota Darul Naim.

Ahli panel bagi sessi dialog ini ialah pengarah filem terkemuka, Mamat Khalid serta pengarah filem dan juga ahli akademik, Dr Hatta Azad Khan. Seorang artis wanita tanah air juga dijangka akan menjadi ahli panel dalam sessi dialog ini.

Majid Majidi juga akan muncul dalam forum yang bertajuk “Produksi Filem dan Sinema Islam, di tempat yang sama pada jam 2.30 petang, 5 Disember.

Sementara itu Takiyuddin dalam sidang akhbar tersebut menaruh harapan yang tinggi Mini Fest Kelantan 2007 ini mendapat sambutan semua lapisan masyarakat. Dan sekiranya mendapat sambutan ramai, program seumpama itu akan dilanjutkan lagi pada masa akan datang.

Filem ‘Baran’ mengisahkan tentang persaudaraan yang melibatkan mangsa peperangan di Afghanistan serta pelarian yang lari dari Pakistan ke Iran dan melalui kisah hidup yang tragis.

Manakala ‘Colours of Paradise’, sebuah kisah yang menyentuh perasaan mengenai kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang membawa kita mencari cahaya ciptaan Ilahi. Filem ini telah dipilih oleh majalah Times sebagai salah satu daripada 10 filem terbaik tahun 2000.

‘Children of Heaven’ pula mengisahkan kecuaian seorang abang bernama Ali telah menyebabkan kasut adiknya, Zohre hilang. Kerana takut dihukum oleh ayahnya dan bimbang ayahnya terpaksa meminjam duit untuk membeli kasut baru, mereka merahsiakan perkara tersebut. Ali merancang untuk mendapatkan kasut ganti bagi adiknya. Dan sebelum mendapat kasut baru, mereka terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah. – mr

Ladang Rakyat diperluas untuk bantu rakyat miskin

gKota Bharu, 3 Dis (Hrkh) Pengenalan program Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan merupakan hasil daripada kematangan kerajaan negeri dalam mempelopori aspek pengurusan dan pentadbiran tanah.

Kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1960-an lagi sudah mendahului kerajaan Pusat dalam aspek pembangunan tanah iaitu dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri. Melalui Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN) inilah kerajaan negeri pada waktu itu telah membangunkan tanah secara besar-besaran dan melibatkan kawasan seluas 70,170 hektar di seluruh Kelantan.

Konsep pembangunan tanah LKTN adalah memberi penekanan kepada penggunaan tenaga peneroka tempatan sendiri secara maksimum dengan kos perbelanjaan minimum.

Konsep pembangunan tanah yang diperkenalkan Kelantan inilah kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Pusat, apabila beberapa tahun LKTN diperkenalkan barulah Felda, Felcra dan Kesedar diperkenalkan dan mula membuka tanah-tanah di negeri Kelantan dan lain-lain negeri.

Walau bagaimanapun rancangan kemajuan tanah LKTN terhenti apabila kerajaan Pas Kelantan tumbang dalam pilihan raya 1978 dan lain-lain rancangan pembangunan tanah Persekutuan terus berjalan dan berkembang.

Namun demikian rakyat Kelantan yang terlibat dengan LKTN mendapat manfaat langsung daripada program itu melalui pemilikan tanah ladang sendiri. Berbeza dengan peneroka–peneroka Felda, Felcra dan Kesedar di mana sehingga hari ini masih belum terlepas dengan belenggu keberhutangan dengan agensi-agensi tersebut.

Satu demi satu skim yang diperkenlkan agensi terbabit terus mengikat peneroka, sehingga membawa kepada agensi berkenaan mencatat keuntungan besar, tetapi rayat (peneroka) hanya mendapat cebisan setelah ditolak hutang daripada agensi berkenaan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sewaktu merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Sijil Peserta Berpenempatan Bagi Pemajuan Tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi dan Paloh 4, Gua Musang baru-baru ini menyatakan, program pembangunan Ladang Rakyat merupakan sambungan kepada rancangan pembangunan tanah untuk faedah rakyat yang pernah diperkenalkan kerajaan Pas Kelantan pada masa lampau.

Katanya Ladang Rakyat yang dilancarkan pada Januari 2006 merupakan satu konsep rancangan pembangunan tanah yang sangat unik dan menjadi satu model program mengatasi masalah kemiskinan rakyat bentuk baru.

Tambahnya lagi melalui program pembangunan tanah Ladang Rakyat ini kerajaan negeri memberikan kepada rakyat miskin faedah langsung yang tinggi secara berterusan dalam bentuk dividen bulanan sebanyak RM200 tanpa perlu mengusahakan tanah ladang.

“Sehingga kini seramai 2,974 rakyat miskin dari 45 kawasan DUN di Kelantan telah disenaraikan sebagai peserta Ladang Rakyat dan menerima dividen RM200 sebulan,” katanya.

Dalam tempoh 15 bulan dilancarkan iaitu daripada Jun 2006 hingga September 2007 sebanyak RM6.143 juta telah diagihkan kepada rakyat dalam bentuk dividen tanpa perlu berkerja dalam ladang yang dibangunkan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Bagi fasal pertama ini pihak Perbadanan Ladang Rakyat sudah menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) dengan pihak syarikat swasta dan syarikat kerajaan negeri dalam bentuk kontrak pembangunan tanah ladang seluas 39,000 ekar.

8000 hektar di Lubok Bongor, 5000 hektar di Dabong serta di Renok, Gua Musang, 8000 hektar, Pos Pasik Di Gua Musang, 10,000 hektar, Pos Haw di Gua Musang, 6000 hektar dan Sokor di Tanah Merah 2000 hektar.

Menurut Nik Abdul Aziz yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, setelah hampir setahun berjaya melaksanakan program pembangunan Ladang Rakyat dan faedahnya sedang dinikmati peserta dari kalangan rakyat miskin.

Justeru katanya, sudah sampai masanya pada 29 November 2007 program pembangunan Ladang Rakyat memasuki fasal kedua dengan memperkenalkan konsep peserta Ladang Rakyat Berpenempatan.

Melalui fasal ini konsep pengagihan dividen akan diberi nilai tambah, di mana peserta Ladang Rakyat Berpenempatan ini akan menerima pakej empat dalam satu.

Melalui skim ini peserta akan menerima dividen bulanan sebanyak RM200 sebulan. Selain itu peserta turut menerima gaji bagi mengusahakan 10 hektar plot ladang rakyat RM700 sebulan. Peserta turut menerima insentif pengeluaran buah sebanyak RM15 bagi setiap tan apabila ladang mula mengeluarkan hasil.

Peserta turut menerima rumah kediaman tiga bilik (banglo) berharga RM35,000 secara sewa beli tanpa sebarang faedah, dengan tempoh bayaran kos rumah selama 15 tahun selain tanah tapak rumah diberikan percuma.

Dalam pada itu, peserta Ladang Rakyat Berpenempatan ini berada dalam suasana penempatan yang diisi padat dengan kuliah-kuliah agama wajib, menerusi Program Peneguhan Jati Diri Peserta Ladang Rakyat.

Terdahulu, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Yakob dalam ucapan aluannya pada majlis perasmian tersebut menyatakan program Pembangunan Ladang Rakyat lahir hasil daripada hasrat kerajaan negeri untuk membantu rakyat miskin dan pada masa yang sama dapat mengatasi masalah peneroka haram.

“Idea Ladang Rakyat tercetus apabila kerajaan memikirkan bagaimana untuk membolehkan lebih ramai rakyat terutama golongan miskin mendapat faedah daripada anugerah tanah negeri Kelantan yang subur ini.

“Sedangkan rakyat semakin bertambah dan masa sama tanah yang ada semakin kurang, maka tercetuslah idea Ladang Rakyat di mana berkonsepkan rakyat mendapat manfaat daripada tanah kerajaan dalam bentuk dividen bulanan, tetapi tanah kekal milik kerajaan negeri.” katanya.

Tambah Ahmad lagi, apabila kerja-kerja membersih tapak ladang dan pembinaan teres untuk penanaman selesai serta rumah siap dibina oleh pihak kontraktor pada pertengahan tahun depan, barulah peserta Ladang Rakyat Berpenempatan yang terpilih mula masuk berkerja dan tinggal di ladang.

Jelasnya pada peringkat pertama seramai 172 penduduk Parlimen Gua Musang, iaitu 90 peserta dari Paloh 4, Dun Paloh (60), Dun Neggiri (61) dan Dun Galas (61) telah dipilih oleh pihak Perbadanan Ladang Rakyat untuk menyertai projek ini.

Sementara itu katanya Program Ladang Rakyat Berpenempatan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai sasaran peserta seramai 450 penduduk miskin dengan keluasan ladang yang bakal dibangunkan seluas 4500 hektar.

Menurut Ahmad lagi, setelah berjaya melaksanakan fasal satu dan dua kerajaan negeri ketika ini sedang merangka fasal ketiga program pembangunan tanah bagi faedah dan kebajikan rakyat.

“Kerajaan negeri ketika ini sedang mengkaji secara mendalam program pembangunan tanah fasal seterusnya dan akan mengumumkan kepada rakyat setelah kerajaan negeri benar-benar bersedia melaksanakannya,” jelas beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Pada majlis itu tersebut turut disampaikan sijil kepada peserta Ladang Rakyat Berpenempatan dan sijil tersebut turut mencatatkan kedudukan lot rumah dan ladang yang bakal mereka tinggal dan usahakan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi, anggota-anggota Exco, Dr Nik Mazian Nik Mohamed, Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Dato Omar Mohamed dan Adun Temangan, Dato Hasan Muhammad.

Turut serta ialah Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamed, Penyelia Dun Galas, Chek Hashim Sulaiman, Penyelia Dun Paloh, Sanusi Junoh dan Penyelia Neggiri, Reizal Rahim. – mns

BPR Diberi 25 Jam Sehari Untuk Siasat Kerajaan Kelantan – MB Kelantan


KOTA BHARU, 29 Nov
– Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu diminta mengulas dakwaan berlaku penyelewengan dalam kerajaan negeri, menegaskan kerajaan negeri Kelantan bersedia untuk sebarang siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan tersebut.Jelas beliau, kerajaan negeri menjanjikan kerjasama sewajarnya kepada BPR dalam menyiasat sebarang perkara yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada wartawan sewaktu ditemui pada majlis perasmian cawangan Bank Al-Rajhi di sini semalam.

Nik Abdul Aziz juga mengulangi kata-katanya sebelum ini bahawa beliau memberi peluang 25 jam sehari kepada BPR untuk menyiasat kerajaan negeri.

“Ia juga sebagai cara mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri supaya lebih berhati-hati,”katanya.

Tambahnya lagi, langkah BPR menyiasat kerajaan negeri adalah sesuatu yang baik dan memberi kesan positif.

Pada 27 November lalu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional, Dato’ Nozula Mat Diah (Adun Paloh) dan Mohd Adhan Kechik (Adun Bukit Bunga) menyerahkan kepada pihak BPR mengenai lapan perkara yang dianggap sebagai “Laporan kes-kes penyelewengan terancang oleh kerajaan negeri Kelantan.”

Penyerahan tersebut dilakukan sebaik sehaja mereka mengadakan sidang media setelah tidak berpuas hati dengan usul pengantungan enam bulan yang diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Kedua-dua mereka mendakwa saluran BPR terpaksa digunakan kerana mereka dinafikan hak untuk bersuara dan beberapa isu yang ingin dibangkitkan untuk dijelaskan kerajaan negeri tidak dapat disampaikan di dalam persidangan Dun. – mks.

Bajet Rakyat 2008: Penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat


FULL: Pembentangan Belanjawan 2008 “bajet rakyat” oleh

Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kota Bharu, 25 Nov (Hrkh) – “Bajet rakyat” yang menjadi tema Bajet 2008 Bagi Tempoh Penggal Yang Ke Empat Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang ke Sebelas yang dibentangkan hari ini memberi fokus kepada penjanaan ekonomi pelbagai lapisan rakyat, pembinaan insan berteraskan Islam, pembinaan perumahan mampu milik serta pembelaan golongan dhaif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.

Bejet tersebut dibentangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini pada jam 11 pagi tadi.

Selaras dengan aspirasi rakyat, Bajet Negeri Kelantan 2008 menggariskan beberapa strategi. Antara strategi tersebut ialah memantapkan pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang di antara pembangunan fizikal dan rohani untuk pelbagai lapisan rakyat serta mempertahan dan memacukan pertumbuhan ekonomi negeri yang stabil serta berdaya maju dengan tumpuan kepada program-program bagi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Bajet tersebut juga meneruskan dasar berjimat cermat dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah serta mengembelingkan usaha untuk meningkatkan hasil negeri melalui pemantapan jentera kutipan hasil dan penguatkuasaan.

Selain itu, strategi yang digariskan ialah memantapkan urus tadbir yang baik dengan mengutamakan ketelusan dan kecekapan menerusi pentadbiran yang berlandaskan `Ubudiyyah, Mas’ulliyyah dan Itqan.

Di samping itu, prestasi industri kecil dan sederhana serta peluang-peluang baru dalam sektor pertanian akan ditingkatkan menerusi pelbagai teknik pemodenan.

Jelas Nik Abdul Aziz, belanjawan kali ini adalah penerusan kepada cita-cita dan komitmen kerajaan negeri yang telah dibentuk sejak 17 tahun lalu. Bahkan bajet yang bertemakan bajet rakyat, berhasrat untuk membawa negeri dan rakyat ke satu tahap pembangunan sosio-ekonomi dan pembangunan insan seimbang selaras dengan semangat “Membangun Bersama Islam”.

Beliau memulakan pembentangan dengan mengimbas kembali kata-kata yang pernah diucapkan beliau dalam persidangan Dun pada tahun 1991 yang mana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri merupakan tempat untuk memproses pemikiran bagi tujuan mencari jalan, menyediakan perancangan bajet dan tatacara pelaksanaan berasaskan undang-undang yang dicipta Allah.

“Selaku Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, marilah kita satukan pembaharuan azam dan tekad untuk memberi khidmat yang terbaik bagi memenuhi harapan dan amanah rakyat.

“Marilah sama-sama kita berbincang dan berbahas dalam Dewan yang mulia ini dengan penuh adab susila serta memberi cadangan-cadangan yang bernas dan konstruktif bagi memajukan negeri kita yang tercinta ini demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya,” katanya.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dengan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 29 Oktober 2007 dan diharap akan meletakkan satu pancang utama ke arah pembaharuan semangat kerjasama berkonsepkan federalisme.

Dalam ucapan pendahuluannya juga beliau turut menaruh kepercayaan ekonomi negeri Kelantan pada tahun 2008 dijangka kekal selesa walaupun pertumbuhan global dijangka agak sederhana berikutan kesan kenaikan harga minyak, ketegangan geopolitik dan meningkatnya inflasi yang dijangka terus berada di paras sederhana tinggi.

Selain itu katanya, ekonomi negeri Kelantan yang didokong oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan dijangka mampu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri di samping perkembangan positif dalam pelbagai aktiviti pertanian termasuk akuakultur, hortikultur dan ternakan yang dijangka akan mampu meningkatkan pertumbuhan dalam sektor pertanian. – mns